Karier Sahrul Gunawan

Perjalanan seni Sahrul bermula dari bidang peragaan dan seterusnya mengembangkan sayapnya dalam bidang nyanyian serta lakonan. Drama yang telah menaikkan namanya ialah Jin dan Jun namun setelah sudah lama membintangi drama tersebut, Sahrul mengundurkan diri. Sahrul kemudiannya telah berlakon dalam drama yang berbentuk percintaan remaja iaitu drama Pernikahan Dini. Drama tersebut turut dibintangi oleh Agnes Monica dan drama tersebut berjaya menaikkan lagi popularitinya. Setelah itu, Sahrul mendapat lebih banyak tawaran untuk berlakon drama. Antara drama-drama yang dilakonkan bersama pelakon lain ialah Adam dan Hawa bersama Marshanda dan Intan Nuraini, serta drama Tali Kasih bersama Ayu Azhari

Selain berlakon, bekas graduan jurusan Ekonomi dari Universiti Pakuan itu telah mencuba nasib dalam bidang seni suara. Sebanyak lima album yang telah dipasarkan. Melalui lagu Lewat Tembang "Janji" (dari album ketiganya) Sahrul berjaya masuk dalam pencalonan anugerah AMI Sharps 2000. Album terbarunya (album kelima) Sahrul Gunawan dilancarkan pada 25 Julai 2007. Dalam album ini, Sahrul mengambil beberapa komposer senior, antara lain Melly Goeslaw, Anto Hoed, Icha Jikustik, Yovie Widianto, Ricky FM, Andi Riyanto, Valent, dan Tengku Safick. Daripada 11 lagu dalam album ini, 2 antaranya adalah ciptaan Sahrul sendiri, iaitu "Cintaku Tak Terbatas Untukmu" dan "Nyata Kau Tak Bisa".

Seperti keempat-empat album sebelumnya, album kelima Sahrul pun gagal mendapat sambutan. Malah mendapat lebih masalah daripada album dulu. Pihak D'Astro Management yang menaungi Sahrul memutuskan hubungan perniagaan. Sahrul mengaku telah mengeluarkan lebih dari 500 juta rupiah bagi album kelimanya tersebut untuk mempromosikan album tersebut. Namun ternyata, setelah album dipasarkan, CD dan kasetnya belum berjaya menembusi pasaran. Tak puas, Sahrul pun menempuh jalur hukum.[1] Konflik ini berlanjut hingga terjadi antara Sahrul dan bekas pengurusnya.[2]